Sinopsis Kau Yang Terindah

Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisha (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisha. Hari demi hari, Alisha telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisha. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisha tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Shamil (Nazim Othman). Kapten Shamil amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.[1]